Friday, 17 May 2013

zaghaaaaaaa

zaghaaaaaaa !!!
kak jeeghaaaaaa ghinduuuuuu zaghaaaaaaaa !!!
17 mei kak jeghaaaaaa balik , tapi malam. tak dapat jumpa zaghaaaaaaa ..
kak jeeghaaaaa ghinduuuuu zaghaaaaa !!
masa exam kak jeeghaaaaa asyik ingat kat zaghaaaaa je .. 
kadang2 termenung sorang2.
tak sabar nak balik ghumahhh.. kalau sebelum ni duduk asrama sebulan pun tak pe. tapi sejak zaghaaa ada ni, kalau boleh, nak keluar asram je. dapat jaga zaghaaaa hari2. 
tapi 18 mei , hari sabtu, zaghaaaa sepatutnya datang rumah omma. tapi nenek zaghaaa nak jaga zaghaaa.
hmm. bosan ah zaghaaaa. nak jumpa zaghaaaaa. 
kak jeghaaa nak bergwiyomi ngn zaghaaaa. 
emm. tak pe lah. tak ada rezeki. nanti cuti dua minggu kita gwiyomi sama2 ehh.


kak jeghaaaaaa sayang , rindu zaghaaaaaaaaa ! 

much love,
azani     .

Saturday, 11 May 2013

when my selipar kena rampas :D

Assalamualaikum..

post aku dulu yang nak masuk asrama , excited kan... selipar pun nak upload. golabah gituu .
emm , punya teruja kan . dah upload untuk tatapan kawan , supaya mereka mereka jelouse, dan ternyata mereka begitu jeles .suka tanya 'ehhh kau beli kat mana?' . maklumlah , aku ni taste pasar malam je . tu dyeorg tak jumpa selipar macam aku. sedihhh . tapi ada yang paling sedih lagi bila selipar aku kena rampas. balik ostel je, 'kak azani....... selipar kak azani kena rampas!!!!!!' emm malas nak mintak , aku biar je laaa. pastu bila dah tak ada selipar , ambik selipar phea. selipar dye pon sepesen dengan aku . cuma bukan gambar oppa jo . selipar murah kan licin . aku banyak kali jatuh pakai selipar macam tu . penah sekali balik dari toilet, masa tu hujan , betul2 depan musolla aku jatuh.  3 hari pinggang aku sakit. bila mengadu kat ibu , dye suruh aku pakai selipar bijik2 tu. orang panggil selipar jamban. haha. lantak kau! tapi minggu lepas aku lupa bawak , bila balik pulak , pergi pasar malam. masa tengok apa yang berkenan, aku pun ternampak lah adik beradik selipar hari tu . punya lah gembira. and dengan hati yang genbira , aku pun beli lah. tapi aku rasa yang ni tak licin macam haritu . harap sangat kali ni , aku akan merajinkan diri aku untuk letak selipar dekat rak kasut, bukan loker. :D tak sanggup dirampas buat kali kedua :)


ini dia. :D 
semoga tuanmu menjaga mu dgn elok. puihhhh!


Friday, 12 April 2013

solat hajat dan bantal

Assalamualaikum

okayy. Firstly nak cerita pasal solat hajat. 11/2 aku jadi imam solat maghrib. dah habis
solat maghrib,jadi imam solat hajat pulak. mulanya aku tak nak jadi imim solat hajat, sebab aku takut tersasul. tapi dyeorang suruh jugak. so , aku pun jadilah imam dengan takutnya. bila aku Allahhuakbar je of coz lah oranglain pun ikut. tapi aku lupa nak niat imam. terus lah aku pandang belakang. haha. masa tu memang malu gila la aku rasa. bila aku pandang belakang je, dyeorang semua cakap 'laaaaaaa..'akupun sengih jela macam kerang wangi. aku pun cakap lah 'sorry... lupa nak niat imam. heeee' dyeorang pun bantai gelak kat aku. emm aku pun terus je laa niat balik. tak sanggup tengok muka yang gelakkan aku. haishh

okayy. Secondly pasal bantal. hari ni minggu ke 2. so aku balik rumah. ayah tak dapat nak jemput. aku naik bas. macam biasalah ada bag nak bawak balik. tapi, mula2 aku bawak keluar bantal aku, aku tak malu tau. mula2, kira macam ' ahh peduli apa aku' tapi bila dah sampai luar sekoah , ambik kau! aku rasa macam budak kecik yang ada bantal busuk je. tapi sebenarnya bukan bantal busuk pun. sampai bus stop, ada jugak yang pandang aku. bila orang luar nampak aku , 'ehh kau duduk asrama ke?' wuuu . nampak tak aku pandai cover diri aku sebagai orang luar. heee. bila bas sampai, aku pun naik laa. pakcik bus pulak tegur aku. 'aih.. bawak bantal? nak tidur dalam bus lah tu' , aku pun jawab lah 'ehh biasa lah..' hahaha . pakcik nik mengada betul .


Friday, 15 February 2013

pinkple

 

 
keep calm and selawat :) :) :)
 
 
poyilah mandi , hari dah tinggi , jangan tomonung monoman tanggo ^..^
 
 

kecik je kan . cukup kut nak basuh baju . 3 hari sekali . boleh kenn ? :)
 
 
 
gayung pun comel je kan . i likee . nanti nak mandi pun tak puas -..-
 
 
kelip baju .. omg .. my cute stuf ..
 
kredit to acha and shiro .. untuk tatapan kalian . haha . merepek je .. acha , jelly or jolos ?
shiro , cute or burok rupo ? haha .
 
ohh , for elly glitter lah sangat tu , amacam taste aku ? gedik ke geleman ? tak pun menyampah -..- hee
elly , for sure aku tak sabar nak masuk hostel .. sebab nak rasa basuh baju sendiri , makan yang bukan citarasa aku . pergi sekolah tanpa tunggu bus . bangun awal pagi macam nak sahur . mandi kena ikut giliran . setiap masa kena pakai tudung . mesti polak dengar siren je . pergi latihan tak yah nak gelabah berlari tunggu bus . kena denda kalau aku buat silap . and macam2 lagi yang belum aku tahu . haha
 
 
**i love pinkple**
boleh je shiro menjodohkan mereka :D
 


Wednesday, 13 February 2013

13213 bila

Assalamualaikum

rabu .. khamis .. jumaat .. sabtu .. ahad ..
ya Allah tinggal lima hari .. aku tak tahu apa perasaan aku  sekarang .. sedih ? sikit lah . mungkin aku akan rasa yang duduk rumah lagi best dari duduk asrama .gembira ? emm mungkin sebab aku tak payah tunggu bus lama lama kut . haha . habis kelas jalan 3minit , sampai asrama . wuuu . risau ? mungkin sebab takut buat salah then dapat penalti . syukur ? ohh absolutely yes . aku memang berharap yang aku dapat masuk asrama . and aku bersyukur sebab uncle asrama tu , macam mana pulak hati dia terbuka luluskan permohonan kami (elly) . bukan apa lah , ramai kawan aku yang mintak asrama , tapi uncle tak kasi borang . dia cakap penuh . but , actually ada lagi katil kosong . seriously , i dont know why .

isnin 4213
aku dengan elly masuk makmal fizik untuk menghadiri kelas tambahan . tapi kami bukanlah pelajar sain tulen . cuma kelas tambahan subjek matematik tambahan kami diadakan di makmal fizik . mungkin kerana sekolah kami tiada lagi kelas yang kosong untuk digunakan . mungkin .  kami masuk makmal lewat 5 minit . syukur cikgu tak marah . kelas kami digabungkan dengan kelas lima amanah . sepuluh minit kemudian aku didatangi aida dan syazana . mereka menyampaikan pesanan dari uncle asrama . ia berbunyi

Aida : "wey ! korang dapat masuk asrama ! "
Aku : ha ? apa? (muka serius)
Elly : haaa ? (muka pelik )
Aida : korang dapat masuk asrama ....
Aku : kau tipu ah . kami tak dapat surat pun . mana kau tahu ?
Elly : diam , dengar , tutup muka
Aida : uncle datang bilik kitaorang tadi . suruh bagi tahu korang yang korang dapat masuk asrama ..

tiba tiba farzana datang
Farzana : Tahniah dapat masuk asrama ....
Aku : terima kasih wey sebab bagi tahu (hulur tangan)
Farzana : bila kau nak masuk ?
Elly : lepas raya cina lah .
Aida : haa ! uncle suruh korang daftar diri esok ..
Aku : ohh okay .. thanks again ..

elly diam tanpa kata . rupanya dia sedih gembira . aku tak tahu nak buat apa. bagi aku kalau orang sedih gembira patut dibiarkan .lainlah dia sedih tak boleh terima takdir . itu patut dipujuk atau tenangkan dye . tapi kawan aku suruh pujuk elly . ehh ? aku yang takada perasaan ke atau kawan aku yang tak faham situasi ? ehhh ? bila elly dah kembali normal , aku bagi cadangan dekat dia . "apakata ly , kita daftar harini ? " "emm esokj elah " "alaa .. hari ni lah . nanti lupa" "emm okay lah "

pukul 3 30 kelas tambahan tamat . elly dengan semangat nya berlari pergi asrama . tak pernah aku tengok dia berlari macam tu . tapi apapun kami dah daftar diri . mulalah kami diceritakan dengan sikap sikappenghuni asrama . aku pun dengar jelah . masuk kiri keluar kanan . malas nak ambil pusing . cehh !

dan hari ni , aku dah beli semua barang keperluan . baldi pink , hanger purple , gayung pink , selipar pink , bakul purple , tooth brush pink , berus pink , sepit baju pink purple ,.. wahh meriah gila .haha . memang cadang nakpink pun . cantik sikit . dan dari situ aku teringat yang aku dulu pernah tak suka kalau orang obses dengan pink . everything pink ! tapi sekarang , aku yang suka pula . tapi belum tahap obses . cuma suka dengan warna pink lah . orang kata pink pekat .. pink cair kurang suka . tak cantik pun . hee  . and from that , biar lah orang lain suka apapun , jangan nak mengata . suatu hari nanti Allah balikkan apa yang kita tak suka jadi suka . kan Allah tu Maha Adil . tak gitu ?


and thats all .